Sabtu, 07 Desember 2013

TANDA PENGENALAN PADA CAP JARI


 Allah swt menyatakan dalam Quran bahawa amat mudah bagiNya untuk menghidup semula orang mati  kerana setiap manusia yang hidup mempunyai tanda pengenalan atau identiti tersendiri. Identiti setiap manusia untuk mudah dikenal di dunia dan akhirat  ialah pada setiap hujung jari. Fakta yang menarik ini telah diberitahu  oleh Allah swt pencipta manusia itu sendiri dalam Al Quran seperti dalam ayat yang dinyatakan  di bawah:
Yes, We are able to put together in perfect order the very tips of his fingers. (Terj: Surat al-Qiyamah: 3-4)
Apakah manusia mengira, bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya.  Bukan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun jari jemarinya dengan sempurna.  (Terj: QS. Al-Qiyaamah:3- 4)
        
Ayat berkaitan cap jari manusia ini
telah di wahyukan kepada Nabi Muhammad saw 14 kurun yang lalu, kini telah menjadi identiti yang penting bagi urusan penting setiap  manusia kini.



 





















         Kaji hujung jari anda. Anda akan lihat  jalur-jalur halus pada kulit hujung jari membentuk corak garisan yang  mempunyai maksud yang istimewa. Setiap orang memiliki hujung jari yang unit bagi identiti dirinya. Setiap manusia yang hidup atau telah hidup di dunia ini mempunyai satu set cop cari yang unit dan tidak sama corak antara satu sama lain. Malah corak cop jari kanan berbeza dengan jari kiri.


Text Box:  Dalam Ensiklopedia Pelajar Oxford, Fajar Bakti Jilid 2 ms 38 menyatakan bahawa cap jari digunakan kali pertama untuk menyelesaikan kes jenayah ialah pada tahun 1901. Apabila anda menyentuh sesuatu, kesan peluh daripada kelenjar peluh pada jari tertinggal dan akan meninggal kesan cap jari. Selepas berlaku jenayah, polis akan menabur serbuk aluminium di atas kesan cap jari untuk melihatnya. Di Britian cap jari setiap penjenayah di simpan di New Scotland Yard untuk dibanding dengan cap jari yang ditemui di sesuatu kes jenayah.

Tetapi mengapa perkara ini hanya disedari kegunaannya lewat kurun  ke 19. Sebelum itu manusia tidak menyedari di kulit hujung jari mereka mempunyai keistimewaan tersendiri atau bermakna. Ilmu pengetahuan manusia di zaman itu mengenai hal ini masih belum berkembang.

Al Quran mendahului penemuan manusia, Allah swt telah menitikberatkan kesempurnaan hujung jari, yang  mana masa itu tidak ada sesiapa memberi perhatian sepertimana yang diketahui kepentingannya pada masa kini.
Yes, We are able to put together in perfect order the very tips of his fingers. (Surat al-Qiyamah: 3-4)
Apakah manusia mengira, bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya.  Bukan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun jari jemarinya dengan sempurna.  (Terj: QS. Al-Qiyaamah:3- 4)






Empat  Corak Cap Jari Manusia














 


4 Corak
Cap jari
manusia
ciptaan
Allah swt


 



 



 



lengkungan
 

gelungan
 


pusaran
 

komposit
 


 









Text Box:           Sir Edward Henry menyedari bahawa setiap cap jari tergolong ke dalam satu daripada empat jenis yang asas lebih kurang 100 tahun dahulu. Beliau menamainya lengkungan, gelungan, pusaran dan komposit, iaitu campuran ketiga-tiga. Malangnya ia ditemui oleh seorang yang bukan Islam dan tidak tahu isi Al Quran.
Fakta cap jari dimuatkan dalam Ensiklopedia bukan Islam tanpa ada kaitan dengan ayat Al Quran. Mereka berbangga diri dengan hasil penemuan mereka sendiri yang belum ditemui oleh orang lain.
        
Kini cop jari menjadi bukti kad pengenalan diri, Pastport Antarabangsa, Kad Pintar, serta diguna pakai dalam segala dokumen penting dalam urusan kehidupan zaman moden. Pelbagai peralatan canggih dengan berbantukan komputer direka untuk mengesan cap jari manusia.
Semuga manusia yang selalu mengguna cop jari dalam urusan kehidupan seharian merasa keagungan Allah swt dan kebenaran Al Quran mukjizat Nabi Muhammad s.a.w rasul akhir zaman.


 
 












                                     Kitab  Terjemahan Al Quran

Tidak ada komentar:

Posting Komentar